WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32193) ORDER BY meta_id ASC

2,618 kes COVID-19, 4 kematian semalam » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

2,618 kes COVID-19, 4 kematian semalam

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 23 Okt 2022 (The Capital Post): Sebanyak 2,618 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 4,880,005 kes.

-Advertisement-

Menerusi laman sesawang KKMNow, kes baharu yang dilaporkan itu membabitkan 2,611 kes penularan tempatan dengan tujuh kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sehingga kini, terdapat 27,299 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 95.9 peratus atau 26,186 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sejumlah 1,066 kes atau 3.9 peratus sedang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 47 individu atau 0.17 peratus berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 18 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini, kadar penggunaan ICU berada pada tahap 63.3 peratus.

Bagi jumlah kes sembuh yang dilaporkan semalam, data menunjukkan terdapat 1,841 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 4,816,262 kes.

-Advertisement-

Sementara itu, bagi kes kematian akibat jangkitan berkenaan, terdapat empat kes dilaporkan dan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah keseluruhan kes kematian di negara kini adalah 36,444 kes dan daripada jumlah itu, 7,753 kes adalah individu yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC