8,269 pelajar sekolah positif COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 8,269 murid dan pelajar sekolah dijangkiti COVID-19 sepanjang sesi persekolahan bermula 20 Januari hingga 7 Mei lalu.

-Advertisement-

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata jumlah itu membabitkan 4,086 murid sekolah rendah dan 4,173 pelajar sekolah menengah.

“Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa membuat perancangan teliti bagi memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

-Advertisement-

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kes COVID-19 membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Berita lanjut menyusul. -BH