MOSTI lancar pelan digital, perkenal AI chatbot MONA

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 25 Mei 2026 (The Capital Post) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2026 bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” yang menekankan pembudayaan nilai profesionalisme, integriti dan semangat kerjasama dalam perkhidmatan awam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), yang turut menyampaikan amanat berkaitan tanggungjawab penjawat awam dalam memperkukuh kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan integriti, profesionalisme dan akauntabiliti sebagai teras utama dalam memastikan sektor awam terus relevan dan berdaya saing, selain turut menyampaikan ucapan perayaan sempena Hari Raya Haji, Pesta Kaamatan, Gawai dan Hari Wesak kepada warga kementerian yang meraikannya.

-Advertisement-

Majlis turut menyaksikan pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan MOSTI 2026–2030 yang menjadi rangka tindakan utama dalam memperkukuh agenda transformasi digital kementerian bagi tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu, turut diumumkan nama rasmi bagi AI chatbot MOSTI iaitu MONA hasil pertandingan penamaan, di samping penyampaian sijil, pengumuman pergerakan pegawai, kenaikan pangkat, Anugerah Pekerja Terbaik Suku Pertama serta sambutan hari lahir warga kementerian bagi bulan Mei – The Capital Post