Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”.

-Advertisement-

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Sambutan HAWANA 2023 dianjur di Perak bermula Sabtu lalu hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya dikendalikan BERNAMA.

-Advertisement-

Sambutan kali ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini.

– BERNAMA

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373