AS dakwa dua bekas pekerja Twitter mengintip bagi pihak Arab Saudi

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON- Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa dua bekas pekerja Twitter mengintip bagi pihak Arab Saudi dan menyalurkan maklumat mengenai pengkritik kerajaan negara itu, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media.

-Advertisement-

Ahmad Abouammo telah didakwa melakukan pengintipan ke atas tiga akaun pengguna yang membincangkan cara kepimpinan Arab Saudi manakala Ali Alzabarah telah didakwa mengakses maklumat peribadi lebih 6,000 akaun Twitter pada 2015 bagi pihak Riyadh.

“Aduan jenayah yang didedahkan hari ini mendakwa ejen-ejen Arab Saudi menggodam sistem dalaman Twitter untuk mendapatkan maklumat peribadi mengenai pengkritik Arab Saudi yang dikenali serta beribu-ribu pengguna Twitter lain,” kata Peguam AS David Anderson dalam laporan itu.

Abouammo, seorang rakyat AS, telah ditahan pada Selasa manakala Alzabarah dipercayai berada diu negara asalnya Arab Saudi.

-Advertisement-

Laporan itu memetik penganalisis yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa mereka percaya aduan jenayah tersebut adalah yang pertama oleh pendakwa raya persekutuan AS di mana Arab Saudi didakwa melakukan pengintipan di Amerika Syarikat.

Seorang jurucakap Twitter berkata syarikat itu telah menyekat akses kepada maklumat akaun sensitif kepada sekumpulan pekerja terlatih dan telah ditapis serta memberi jaminan kepada pihak berkuasa dan orang awam bahawa ia telah menyediakan alat bagi melindungi privasi pengguna.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373