WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28073) ORDER BY meta_id ASC

Banjir musnahkan 200,000 benih balak » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Banjir musnahkan 200,000 benih balak

Estimate Reading Time: 2 minutes

BENTONG: Lebih 200,000 benih pokok balak pelbagai spesies berusia antara tiga bulan hingga dua tahun musnah dibawa arus kepala air dalam kejadian banjir akhir tahun lalu.

-Advertisement-

Turut musnah pokok hiasan dan buah-buahan seperti tampoi, durian, manggis dan jambu yang disediakan di bawah program hutan komuniti.

Penolong Pegawai Kanan Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman (PPBBBT), Lentang di sini, Solehan Saorani berkata kerugian dianggarkan lebih RM4 juta termasuk kemusnahan kemudahan tapak semaian yang terdapat di situ.

Beliau berkata, empat jentera seperti jentolak dan traktor serta beberapa peralatan lain turut ditenggelami banjir yang berlaku pada 18 Disember lalu.

Katanya, kawasan PPBBBT Lentang adalah laluan kepala air pertemuan Sungai Benus dan hulu Sungai Bentong yang membawa puing dan lumpur dari Janda Baik dan Bukit Tinggi.

“Kejadian banjir dan kepala air yang berlaku bulan lalu adalah yang terburuk dalam tempoh 40 tahun, sebelum ini banjir pernah berlaku tetapi tidak seburuk kali ini.

“Paras banjir setinggi kira-kira 1.9 meter yang membawa bersama lumpur dan pokok yang tumbang, arus air yang deras turut memusnahkan jambatan konkrit yang merentas Sungai Bentong” katanya selepas turut sama dalam Program Gotong Royong Perdana (GRP) membersih dan membaiki kerosakan PPBBBT Lentang, di sini semalam.

-Advertisement-

Lebih 50 pegawai dan kakitangan Bahagian Ladang dan Perlindungan Hutan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan MTD Group menyertai program selama tiga hari itu.

Solehan berkata, pihaknya usaha memulihkan PPBBBT Lentang mengambil masa sekurang-kurangnya setahun sekiranya tiada kekangan kelulusan peruntukan kewangan daripada kerajaan pusat melalui JPSM dan kerajaan Pahang melalui JPNP.

Katanya, PPBBBT Lentang adalah tapak semaian terbesar di Semenanjung milik JPSM dan JPNP yang membekalkan pelbagai spesies benih pokok balak antaranya seperti meranti, merbau, perah, keruing, jelutong, kapor dan keladan.

“Anak benih berkenaan digunakan untuk projek tanaman semula kawasan ceroboh dan bekas lesen kawasan pembalakan termasuk program menghijaukan semula hutan di Semenanjung,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC