WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26498) ORDER BY meta_id ASC

Beri pilihan kepada mahasiswa pulang kampus » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Beri pilihan kepada mahasiswa pulang kampus

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Pergerakan pulang ke kampus mestilah menjadi pilihan, bukan paksaan, antara lapan resolusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

-Advertisement-

Resolusi berkenaan dicadangkan untuk Pelan Pemulihan institusi pengajian tinggi yang akan dibentangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan juga Belanjawan 2022.

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, berkata lapan resolusi yang dikemuka itu bagi memastikan pelan pemulihan menjadi lebih berkesan dan memberi manfaat kepada mahasiswa serta menjamin keselamatan warga kampus.

“MPPK mencadangkan mahasiswa diberi pilihan sama ada mahu pulang ke kampus atau sebaliknya. Pergerakan pulang mahasiswa dilakukan secara berperingkat.

“Resolusi kedua ialah mengutamakan mahasiswa untuk mendapat vaksinasi lengkap terhadap COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, turut termuat dalam resolusi itu ialah menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua institusi pendidika tinggi (IPT) bagi urusan pergerakan keluar masuk kampus mengikut panduan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, resolusi keempat ialah sesi pengajaran dan pembelajaran secara hibrid (bersemuka dan dalam talian).

-Advertisement-

“Dalam situasi kes masih tinggi, MPPK juga berharap agar pemberian kit uji kendiri antigen COVID-19 secara percuma kepada mahasiswa.

“Seterusnya cadangan pemberian insentif diskaun penerbangan atau sewa khas dapat kepada mahasiswa di Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampus,” katanya.

Beliau berkata, bagi meringankan bebanan pelajar dan keluarga, MPPK turut berpendapat bantuan sekali bayar sebanyak RM300 kepada mahasiswa menerusi Belanjawan 2022.

“Penetapan elaun minimum latihan industri, latihan mengajar dan praktikal sebanyak RM500 menerusi Belanjawan 2022,” katanya.

Katanya, MPPK memohon kepada KPT untuk memastikan satu garis panduan yang mudah difahami dapat dikeluarkan bagi memastikan mahasiswa serta warga kampus dapat kembali ke kampus dengan selamat.

“MPPK berharap agar lapan resolusi ini dapat dipertimbang oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan semua IPT dapat mewujudkan gelembung kampus selamat, seterusnya menjamin kebajikan dan keselamatan warga kampus.

“Semua pihak diharap memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kita dapat kembali menjalani hidup seperti biasa,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC