WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31242) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka dalam sentimen positif hari ini, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang meningkat semula pada Jumaat lepas, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.22 mata kepada 1,501.75 daripada 1,496.53 pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.13 mata kepada 1,497.66.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 berbanding 88 manakala 209 kaunter tidak berubah, 1,801 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 139.91 juta unit bernilai RM74.03 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur mungkin berpandangan bahawa bacaan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dijangka merosot dan Rizab Persekutuan AS mungkin melihat kepada kenaikan yang lebih kecil pada masa depan.

“Oleh itu, tumpuan pada minggu ini adalah pada kadar inflasi AS dan zon Euro.

“Bagi komoditi, harga minyak mentah meningkat melebihi AS$92 setong manakala harga minyak sawit mentah melebihi RM3,550,” katanya.

-Advertisement-

Oleh itu, minat belian dijangka wujud di kaunter tenaga berikutan peningkatan semula harga minyak mentah, katanya, sambil menambah kaunter bahan binaan, telekomunikasi dan berkaitan perubatan turut dijangka meningkat menjelang Bajet 2023 yang akan dibentangkan bulan depan.

Katanya sektor teknologi dijangka menjadi tumpuan menjejaki kenaikan semalaman dalam Indeks Komposit Nasdaq.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Maybank menambah enam sen kepada RM9.03, Public Bank naik dua sen kepada RM4.71, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing meningkat tiga sen kepada RM8.97 dan RM6.20 manakala CIMB menokok lima sen kepada RM5.49.

Daripada saham aktif, Harvest Miracle Capital naik satu sen kepada 16 sen, Cnergenz meningkat empat sen kepada RM1.06 dan Agmo Holdings menambah 3.5 sen kepada RM1.00 manakala Mlabs Systems dan Metronic Global, masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 36.27 mata kepada 10,664.49, Indeks FBMT 100 meningkat 35.52 mata kepada 10,410.97, Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 31.68 mata kepada 10,725.16, FBM 70 menambah 41.17 mata kepada 12,797.99 dan FBM ACE naik 16.82 mata kepada 4,875.30.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.29 mata kepada 185.89, Indeks Tenaga naik 5.57 mata kepada 712.73 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 93.80 mata kepada 16,910.98 manakala Indeks Perladangan merosot 9.98 mata kepada 6,983.99.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC