WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25967) ORDER BY meta_id ASC

COVID-19: 24,599 kes baharu, sekali lagi angka harian tertinggi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

COVID-19: 24,599 kes baharu, sekali lagi angka harian tertinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi merekodkan angka kes baharu COVID-19 yang tertinggi apabila 24,599 jangkitan dilaporkan, hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan itu membawa kepada jumlah kumulatif 1,640,843 kes, setakat ini.

Beliau turut memaklumkan, semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat jangkitan baharu, dengan lapan daripadanya melaporkan angka harian empat digit.

Selangor kekal mendahului dengan 6,936 kes baharu, diikuti Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078), Sarawak (2,024), Kedah (1,538), Kelantan (1,312) dan Perak (1,170).

-Advertisement-

“Seterusnya Kuala Lumpur (881), Pahang (690), Terengganu (567), Negeri Sembilan (526), Melaka (515), Perlis (67), Putrajaya (20) dan Labuan (tiga),” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC