COVID-19: Kes meningkat kepada 19,090

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 negara terus menunjukkan trend kenaikan serta kekal lima angka iaitu sebanyak 19,090 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,975,422 individu di negara ini sudah dijangkiti virus berkenaan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes dinyatakan itu, 99.41 peratus atau 18,977 kes adalah dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 4,898 kes (25.66 peratus) adalah pesakit COVID-19 dalam kategori satu dengan 14,079 kes (73.75 peratus) adalah pesakit kategori dua.

-Advertisement-

“Selain itu, 113 kes atau 0.59 peratus pula ialah pesakit kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal. Daripada jumlah itu 79 kes dalam kategori tiga, kategori empat (28) dan kategori lima (enam kes),” katanya dalam ciapan di Twitter.

-BH