WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28363) ORDER BY meta_id ASC

Stok minyak sawit Malaysia merosot » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Stok minyak sawit Malaysia merosot

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit mentah (MSM) jatuh 7.7 peratus kepada 786,828 tan metrik pada Januari 2022 daripada 852,339 tan metrik pada Disember 2021 berikutan pengeluaran yang lebih rendah, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

-Advertisement-

Jumlah inventori minyak sawit turun 3.9 peratus bulan ke bulan kepada 1.55 juta tan metrik daripada 1.61 juta tan metrik, dengan inventori minyak sawit yang diproses meningkat sedikit 0.5 peratus kepada 765,586 tan metrik daripada 761,717 tan metrik sebelumnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPOB berkata pengeluaran MSM merosot 13.5 peratus kepada 1.25 juta tan metrik daripada 1.45 juta tan metrik pada Disember 2021.

Sementara itu, pengeluaran isirung sawit menyusut 11.8 peratus bulan ke bulan kepada 309,120 tan metrik daripada 350,493 tan metrik dan pengeluaran minyak isirung sawit mentah turun 9.11 peratus kepada 153,173 tan metrik berbanding 168,529 tan metrik sebelumnya.

-Advertisement-

MPOB berkata, eksport minyak sawit turun 18.7 peratus kepada 1.16 juta tan metrik pada Januari 2022 daripada 1.42 juta tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala eksport minyak isirung sawit merosot 12.4 peratus kepada 82,667 tan metrik berbanding 94,349 tan metrik sebelumnya.

Eksport oleokimia juga turun sebanyak 4.3 peratus kepada 231,171 tan metrik berbanding 241,469 tan metrik pada Disember 2021, manakala eksport biodiesel meningkat 91.5 peratus kepada 29,375 tan metrik daripada 15,339 tan metrik.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC