Ekonomi Malaysia cemerlang catat pertumbuhan 8.9 peratus

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang kukuh di luar jangkaan 8.9 peratus pada suku kedua 2022 dipacu permintaan domestik di tengah-tengah pemulihan pasaran pekerjaan.

-Advertisement-

Pertumbuhan kukuh itu juga disokong pengukuhan eksport terutama dalam produk elektrik dan elektronik (E&E) serta pelaksanaan berterusan dasar sokongan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pertumbuhan berterusan dijangka untuk ekonomi negara dipacu oleh permintaan domestik, mengimbangi jangkaan sederhana dalam permintaan luaran.

Beliau berkata, perbelanjaan swasta dijangka memacu pertumbuhan, disokong oleh kemajuan dalam pasaran pekerjaan dan pemulihan dalam sektor pelancongan.

Katanya, pasaran pekerjaan terus mencatatkan kemajuan sejajar dengan pengukuhan aktiviti ekonomi.

-Advertisement-

“Pertumbuhan 2022 akan disokong oleh pengukuhan permintaan domestik dan pembukaan sempadan antarabangsa, mengimbangi jangkaan sederhana jangkaan luaran,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi suku kedua 2022 hari ini.

Berita selanjutnya menyusul.

-BH