WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30022) ORDER BY meta_id ASC

Ekspo agrikomoditi jana RM300 bilion » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ekspo agrikomoditi jana RM300 bilion

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 mampu menjana lebih RM300 bilion nilai eksport, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, ini sekali gus menjadikan MIACES 2022 platfom terbaik untuk penggiat industri agrikomoditi tempatan, mengembangkan eksport produk ke pasaran baharu.

Beliau berkata, sektor agrikomoditi menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir sejuta rakyat di peringkat huluan, meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat, terutamanya pekebun kecil dan masyarakat di luar bandar sejak berdekad lalu.

“Kerajaan sangat komited dalam usaha memacu pembangunan sektor agrikomoditi agar lebih kukuh, berdaya saing dan berorientasikan pasaran bagi memenuhi agenda pembangunan sosioekonomi negara.

“Saya juga sentiasa berharap sektor agrikomoditi dapat membantu negara menjana semula ekonomi dan mengembalikan kestabilan ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian MIACES 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Turut sama hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan agensi berkaitan, diberikan tanggungjawab menguruskan sektor agrikomoditi secara mampan, dengan implikasi dilihat melalui pelaksanaan secara mandatori pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) bermula 2020.

“Walaupun pengeluaran minyak sawit jatuh ke tahap rendah akibat cuaca buruk tahun lalu, sektor agrikomoditi tetap teguh. Sehingga Februari lalu, nilai komoditi eksport meningkat lima peratus iaitu RM31.6 bilion, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

-Advertisement-

“Menjelang akhir tahun lalu, sektor ini mencapai nilai perdagangan sebanyak RM270.2 bilion, iaitu peningkatan 39.7 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan amat menggalakkan usaha menjadikan hampas isirung sawit sebagai bahan mentah makanan domestik akuakultur dan penternakan, bagi mengurangkan pergantungan import dan menyumbang kepada inisiatif sekuriti makanan negara.

Katanya, pendekatan untuk menggunakan bahan mentah daripada sisa buangan atau lebihan di sepanjang rantaian nilai sektor agrikomoditi, juga diberi tumpuan bagi memacu pembangunan ekonomi kitaran ekonomi kitaran.

“Ini termasuk menjadikan sumber biojisim agrikomoditi sebagai antara komponen penting dalam ekonomi kitaran yang berupaya menghasilkan produk nilai tambah, sekali gus membolehkan Malaysia bakal muncul sebagai hab biojisim.

“Keupayaan sasaran ini juga sesuai dengan status negara sebagai pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia dan penyumbang terbesar dalam industri biojisim,” katanya.

MIACES 2022 yang membuka tirainya hari ini di MITEC membabitkan penyertaan dari 39 negara serta lebih 350 syarikat antarabangsa.

Bertemakan ‘Memajukan Sektor Agrikomoditi dalam Ekosistem Lestari’, MIACES 2022 menampilkan produk komoditi permintaan ramai, perkhidmatan berkaitan serta teknologi perladangan terkini, dengan penekanan diberi kepada sektor tumpuan seperti minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC