PUTRAJAYA, 22 September 2026 (The Capital Post) – Kerajaan mengadakan perbincangan berhubung penetapan gaji minimum 2026 dengan mengambil kira kepentingan pekerja, keadaan pasaran buruh serta kelangsungan dan keupayaan majikan.
Mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin (21 September) itu dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar.
Mesyuarat itu menjadi platform untuk meneliti perkara berkaitan penetapan gaji minimum 2026 dengan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak dalam pasaran buruh.
-Advertisement-
Penetapan gaji minimum merupakan antara instrumen penting dalam usaha memperkukuh kesejahteraan pekerja serta memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Sumber Manusia, KESUMA akan terus memberi perhatian kepada agenda penggajian dan kebajikan pekerja melalui pendekatan berasaskan data, penelitian menyeluruh serta libat urus bersama pihak berkepentingan. – The Capital Post