WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31780) ORDER BY meta_id ASC

Hanya jemaah menteri boleh bubar MPN » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Hanya jemaah menteri boleh bubar MPN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kuasa bagi membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) tertakluk kepada Jemaah Menteri dan kerajaan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

-Advertisement-

Beliau berkata, MPN tidak mempunyai kuasa eksekutif dan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan semata-mata.

“MPN ditubuhkan pada 21 Julai 2021 oleh Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri daripada Kementerian Kewangan.

“Sepanjang tahun 2022, MPN bermesyuarat sebanyak sembilan kali dan mencadangkan pelbagai cadangan dan inisiatif utama,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membubarkan MPN memandangkan peranannya tidak membuahkan hasil.

Tengku Zafrul berkata, antara inisiatif dilaksanakan MPN termasuk isu membabitkan kekurangan pekerja asing dari pelbagai sektor terutamanya perladangan yang dilaporkan mengalami kerugian hampir RM20 bilion tahun lalu.

-Advertisement-

“Selain itu cadangan disuarakan MPN ialah membabitkan isu keciciran pembelajaran akibat penutupan institusi pendidikan ketika tempoh pandemik COVID-19, isu pemerkasaan sekuriti dan bekalan makanan serta potensi produktiviti industri pelancongan.

“Untuk makluman, kejayaan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara 1.0 (PPN 1.0) yang dilancarkan pada Julai tahun lalu adalah antara cadangan MPN yang diterima baik pelaksanaannya oleh kerajaan,” katanya.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini mengakui beliau kecewa apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan.

Katanya, 30 daripada 69 perakuan berkenaan masih dalam pelaksanaan, 14 lagi belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan, manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan Kabinet.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC