i-City dijangka terima 17 juta pelawat tahun ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: I-Bhd menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya 17 juta pelawat ke i-City menjelang akhir tahun ini.

-Advertisement-

Pengarah Bukan Eksekutif I-Bhd, Datuk Eu Hong Chew, berkata i-City telah menikmati pertumbuhan yang stabil, sejak pembukaan anak syarikatnya, DoubleTree by Hilton i-City pada Julai tahun lalu.

Tahun lalu, kumpulan itu memperuntukkan RM10 juta ke arah penambahbaikan segmen riadahnya dengan projek penambahbaikan bermula tahun ini.

“Kami akan melihat penambahan dalaman sejumlah 4,654 persegi meter bagi Xcite Park serta pusat pengalaman salji lima dimensi di atas landskap pencahayaan Instagrammable,” katanya pada taklimat media mesyuarat agung pasca tahunan hari ini.

I-Bhd juga mengumumkan ‘Program Satu Shah Alam, Satu Destinasi’ selama setahun yang akan bermula menjelang Julai depan, bertujuan mewujudkan perusahaan budaya, eko, sosial dan mikro tempatan untuk meneroka selain mencipta peluang dengan persekitaran yang lebih inklusif di i-City.

-Advertisement-

Hong Chew berkata, kumpulan itu juga mahu meningkatkan kadar kepenghunian Mercu Maybank i-City kepada 95 peratus menjelang tahun depan, daripada 86 peratus penghunian setakat ini.

-BERNAMA

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373