WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25728) ORDER BY meta_id ASC

Isyarat jelas Ismail Sabri miliki majoriti » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Isyarat jelas Ismail Sabri miliki majoriti

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 114 ahli Parlimen yang membuat pengesahan sokongan hari ini adalah isyarat jelas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

-Advertisement-

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata soal tarikh angkat sumpah jawatan adalah terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semua ahli Parlimen ditemuduga seorang demi seorang secara ringkas oleh Seri Paduka.

“Setiap ahli Parlimen menyatakan nama dan dari kawasan mana, kemudian nyatakan sokongan kepada Ismail Sabri dibuat tanpa paksaan dan dengan sukarela.

“Dengan jumlah 114 ahli Parlimen ini, kita maklum dengan kedudukan majoriti dimiliki Ismail Sabri,” katanya kepada pemberita selepas selesai menghadap Agong, hari ini.

-Advertisement-

Ahmad berkata, pengalaman ditemuduga Agong bagi mengesahkan sokongan kepada calon Perdana Menteri adalah penting bagi semua ahli Parlimen terbabit.

“Mudah-mudahan selepas ini ada kerajaan yang terus dapat membela rakyat, menangani isu COVID-19.

“Apabila keadaan stabil dan imuniti kelompok dicapai, kita kembalikan mandat kepada rakyat,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC