WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25731) ORDER BY meta_id ASC

PN tetapkan syarat sokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PN tetapkan syarat sokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) bersetuju mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai Perdana Menteri yang baharu dengan syarat, pelantikan Kabinet yang dibentuk kelak adalah dalam kalangan mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

-Advertisement-

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata persetujuan itu dicapai semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU, 18 (PAS) dan seorang dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang sudah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara, semalam.

Turut serta menyokong calon Perdana Menteri itu adalah empat Ahli Dewan Rakyat Bebas yang pro-PN.

Muhyiddin menjelaskan, keputusan yang sama juga dicapai hasil rundingan dengan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang sebelum ini bersama kerajaan PN.

-Advertisement-

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi COVID-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Keputusan ini juga bermakna PN lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita lanjut menyusul -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC