WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30929) ORDER BY meta_id ASC

'Jika ini bukan pertuduhan politik, saya tak tahu apa lagi' » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

‘Jika ini bukan pertuduhan politik, saya tak tahu apa lagi’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi, Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik terhadap dirinya dan lebih 20 ahli politik Barisan Nasional (BN) yang lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

-Advertisement-

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, berkata beliau menyedari pada 9 Mei 2018 iaitu apabila BN gagal membentuk kerajaan, beliau dan pemimpin lain didakwa di mahkamah atas kes jenayah.

Menurut Ahmad Zahid, pada masa sama, seramai 15 orang pemimpin daripada PH yang mengambil alih kerajaan pula ditarik balik pendakwaan terhadap mereka.

“Antaranya yang ditarik pendakwaan ialah Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli manakala parti yang kalah iaitu saya, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Maslan (Setiausaha Agung) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Bendahari) serta kira-kira 18 lagi pemimpin diheret dan dituduh di mahkamah.

“Kalau ini bukan pertuduhan politik saya tidak tahu apakah lagi? Ini saya anggap dan mengikut persepsi umum adalah pertuduhan politik dan pendakwaan terpilih.

-Advertisement-

“Apa yang saya ingin sebut di sini ialah keyakinan kami kepada mahkamah adalah mahkamah yang adil dan keyakinan kami kepada sistem perundangan adalah sistem perundangan yang betul,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kertas laporan dalam siasatan sepatutnya mengutamakan untuk menyiasat isu yang merosakkan sistem keadilan dan bukannya dijadikan sebagai satu langkah untuk membalas dendam.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diperiksa semula oleh peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33043,33040,32965,32857) ORDER BY meta_id ASC