PERAK 26 OGOS 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menganjurkan Pameran Pendidikan sempena Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) Maulid Ambang Kemerdekaan yang berlangsung semalam, 25 Ogos 2026, di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Program yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang itu menjadi platform kerjasama antara KPT dan TLDM dalam memberikan pendedahan berkaitan peluang serta perkembangan pendidikan tinggi kepada pengunjung dan komuniti setempat.
Penganjuran pameran tersebut turut mencerminkan komitmen KPT dalam memperluas akses kepada maklumat pendidikan tinggi melalui program turun padang yang melibatkan pelbagai komuniti dan agensi strategik.
-Advertisement-
Selain menjadi wadah perkongsian maklumat pendidikan, penglibatan KPT dalam Karnival CIMIC Maulid Ambang Kemerdekaan turut memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dengan pihak pertahanan negara.
Program berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang pendidikan tinggi serta menggalakkan hubungan lebih erat antara agensi kerajaan dalam menjayakan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat – The Capital Post