Letupan kuat depan sekolah

Estimate Reading Time: < 1 minute

PADANG BESAR: Letupan kuat dilaporkan dari kawasan hadapan sebuah sekolah di Padang Besar, di sini hari ini.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat sekitar jam 7.30 pagi daripada pengawal keselamatan sekolah.

“Pengawal keselamatan itu memaklumkan mendengar satu bunyi letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar sekolah pada jam sekitar 4 pagi.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dikerah ke tempat kejadian. Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati letupan berpunca daripada objek dipercayai buatan sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati bahan letupan itu dipercayai diperbuat daripada paip besi.

-Advertisement-

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan. Polis memohon kerjasama orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis selain mengganggu gugat awam.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-5551 000 atau talian hotline 60 4942222.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373