S P Setia rekod jualan kukuh RM2.56 bilion

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: S P Setia Bhd merekodkan prestasi kewangan yang kukuh pada separuh pertama 2023 dengan jumlah jualan sebanyak RM2.56 bilion.

-Advertisement-

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia, Datuk Choong Kai Wai, berkata daripada jumlah itu, projek tempatan menyumbang RM2.19 bilion atau sekitar 86 peratus daripada keseluruhan jualan.

Beliau berkata, projek hartanah kumpulan juga memperoleh jumlah tempahan sebanyak RM470 juta pada 30 Jun 2023.

“Prestasi kukuh S P Setia pada separuh pertama 2023 menunjukkan komitmen berterusan kami untuk menyampaikan pembangunan dan penyelesaian yang berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

S P Setia merekodkan keuntungan kasar yang lebih tinggi sebanyak RM577.9 juta bagi separuh pertama 2023, peningkatan sebanyak 19 peratus.

Kai Wai berkata, trajektori positif itu disebabkan oleh peningkatan kecekapan operasi dan pemulihan berterusan pasaran hartanah Malaysia.

Beliau berkata, pendapatan kumpulan pada tempoh dikaji naik kepada RM1.91 bilion.

Katanya, dengan 44 projek berterusan dan jualan belum dibil berjumlah RM6.82 bilion setakat 30 Jun 2023, kumpulan katanya dapat melihat pendapatan kukuh dalam jangka pendek hingga pertengahan.

-Advertisement-

“Walaupun menghadapi cabaran global yang ditimbulkan oleh inflasi yang berterusan dan kadar faedah yang lebih tinggi, kumpulan kekal optimistik untuk mencapai prestasi kewangan yang disasarkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Kai Wai berkata, S P Setia juga melaksanakan perancangan kewangan dengan menjana keuntungan daripada tanah bukan strategik dan melupuskan aset bukan terasnya.

Beliau berkata, baru-baru ini, kumpulan sudah mengumumkan pelupusan 500 ekar tanah di Semenyih, Selangor dan lapan petak tanah berkeluasan 959.7 ekar di Tebrau, Johor.

Kedua-dua tanah itu, katanya membabitkan pertimbangan tunai sebanyak RM940 juta.

“Hasil yang dijana daripada pelupusan tanah akan membolehkan kumpulan mengukuhkan kedudukan kewangan, mengurangkan tahap penggearan dan mengejar peluang pertumbuhan masa hadapan,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373