WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2807) ORDER BY meta_id ASC

Mahkamah Persekutuan memutuskan Pua boleh saman Najib atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Mahkamah Persekutuan memutuskan Pua boleh saman Najib atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA- Mahkamah Persekutuan, dalam membuat keputusan penting, memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi perdana menteri adalah seorang pegawai awam dan boleh disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam.

-Advertisement-

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan yang menyampaikan keputusan panel tujuh hakim mahkamah itu berkata perdana menteri atau mana-mana menteri adalah pegawai awam mengikut Seksyen 5, Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Beliau berkata pada peringkat ini, dakwaan prima facie oleh ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam mengandungi elemen yang perlu untuk mengemukakan dakwaan yang sah.

“Tony Pua boleh meneruskan dakwaannya terhadap Najib Razak dan Kerajaan Malaysia dengan cara perbicaraan di mahkamah sivil,” katanya.

Bagaimanapun, sama ada atau tidak Pua boleh berjaya dalam perbicaraan akan membabitkan persoalan keterangan berkaitan dengan kemusnahan yang didakwa dideritainya, kata Hakim Nallini.

Panel tujuh hakim itu yang diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan rayuan Pua untuk mengembalikan semula samannya terhadap Najib dan kerajaan yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2017.

Hakim yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Setia Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin (yang baru bersara).

Hakim Tengku Maimun merujuk semula perkara itu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan dan menetapkan 26 Nov untuk sebutan.

Beliau memerintahkan Najib membayar RM30,000 sebagai kos kepada Pua tetapi tidak mengeluarkan sebarang perintah berhubung kos yang perlu dibayar oleh kerajaan.

Dalam keputusannya, Hakim Nallini berkata tidak dinyatakan dalam perundangan sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan atau Akta Tafsiran untuk membatalkan definisi ‘common law’ bagi terma “pegawai awam”.

-Advertisement-

Beliau berkata tiada undang-undang bertulis spesifik yang dikuatkuasakan di Malaysia yang meminda dan menggantikan salah guna jawatan awam dalam ‘common law tort’.

Hakim Nallini juga berkata salah guna jawatan awam tort juga boleh digunakan terhadap Najib, sebagai seorang individu yang memegang jawatan awam atau sebagai pegawai awam.

Beliau berkata Seksyen 5, Akta Prosiding Kerajaan menetapkan bahawa dakwaan boleh dikemukakan terhadap seorang pegawai awam dan ini akan termasuk dakwaan terhadap Perdana Menteri, yang merupakan seorang pegawai awam seperti ditetapkan dalam Akta itu.

Hakim Nallini berkata kerajaan boleh dipertanggungjawabkan berhubung tindakan seorang Perdana Menteri atau menteri yang lain bagi salah guna kedudukan pegawai awam tetapi sama ada tindakan itu berjaya atau tidak adalah berdasarkan fakta dan undang-undang dalam konteks Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan.

Mahkamah Tinggi menolak saman Pua atas alasan Najib bukan seorang pegawai awam dan dengan itu beliau tidak boleh disaman atas dakwaan salah guna kedudukan jawatan awam.

Pua gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Julai tahun lepas yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, selepas menolak rayuannya (Pua). Beliau kemudiannya mendapat kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Pua menyaman Najib dan kerajaan atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau mendakwa Najib adalah seorang pegawai awam kerana beliau ialah ahli Parlimen Pekan, perdana menteri pada ketika itu dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan dalam kapasiti berkenaan beliau mempunyai peranan secara langsung dan tidak langsung dalam membuat keputusan dan hala tuju 1MDB.

Pua diwakili barisan peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, Tan Cheng Leong dan Surendra Ananth. Peguam Wan Azmir Wan Majid mewakili Najib manakala Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching mewakili kerajaan.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC