Malaysia wajar pertimbang VAT berbanding GST

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin boleh mempertimbangkan pengenalan cukai nilai tambah (VAT) yang diubah suai dengan memanfaatkan penggunaan sistem pengkomputeran yang akan memantapkan lagi kutipan cukai itu berbanding kembali kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

-Advertisement-

Ahli ekonomi terkemuka, Profesor Jomo Kwame Sundaram, berkata penggunaan sistem pengkomputeran akan melancarkan pelaksanaan VAT memandangkan banyak syarikat kini lebih bersedia untuk membuat pembayaran secara dalam talian.

Beliau berkata, yang penting adalah memastikan cukai kepenggunaan tidak membebankan dan ia lebih sesuai dengan keadaan semasa sekarang.

“Daripada kembali kepada GST, kita harus pergi kepada VAT yang diubah suai. Dengan ini, secara asasnya kekuatan kutipan GST boleh diserapkan dengan mudah,” katanya ketika sesi panel pada Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.

GST ialah cukai ke atas penambahan nilai, yang dikenakan ke atas pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan.

-Advertisement-

Ia biasanya dikira dengan VAT, cukai tidak langsung yang dikenakan pada setiap peringkat pembuatan dan pengedaran barang pada nilai tambahan.

Jomo juga berkata, kekuatan sistem komputer yang dibangunkan untuk GST boleh dimanfaatkan bersama-sama dengan elemen kurang regresif dalam cukai penggunaan sebelumnya.

Contohnya, beliau berkata, makan di luar telah menjadi satu keperluan pada hari ini dan bukan satu kemewahan bagi golongan kelas pertengahan.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373