Pencari rahsia mayat

Estimate Reading Time: 2 minutes

NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan semalam, bagi membentuk resolusi berhubung krisis perang antara rejim Israel dan pejuang Palestin, Hamas.

-Advertisement-

Menurut diplomat, melalui rundingan yang disifatkan sukar itu, sekurang-kurangnya dua draf resolusi berada di meja rundingan untuk tindakan susulan.

Katanya, draf resolusi diterima daripada pihak Russia dan Brazil.

“Rundingan berjalan dengan sukar kerana konflik Israel-Palestin sukar mencapai persetujuan bersama dalam kalangan ahli majlis,” katanya.

Jumaat lalu, Russia mengedarkan draf yang meminta gencatan senjata kemanusiaan bersifat segera, berterusan dan dihormati sepenuhnya dicapai dalam perang yang dicetuskan Hamas pada 7 Oktober lalu dari Gaza ke atas selatan Israel.

Draf itu mahukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke Semenanjung Gaza dibuat, yang kini berada di bawah sekatan rejim Israel selama bertahun-tahun.

Kini, rejim Israel juga menyekat aksesbekalan elektrik dan makanan ke wilayah itu.

AFP melihat draf Russia, yang mengandungi kutukan terhadap semua keganasan dan permusuhan yang disasarkan terhadap orang awam, tanpa menyebut Hamas.

Namun Amerika Syarikat (AS) menegaskan bahawa majlis itu melihat serangan Hamas sebagai suatu tindakan keganasan.

-Advertisement-

Pada masa sama, menurut diplomat itu, draf saingan dari Brazil secara jelas melakukannya.

Sementara itu, Duta Besar Russia untuk PBB, Vassily Nebenzia, berkata beberapa ahli majlis menyatakan pandangan positif terhadap draf Moscow dalam mesyuarat tertutup pada Jumaat.

Beliau berkata, Russia juga meminta pengerusi semasa majlis itu, Brazil, untuk meneruskannya melalui sesi undian, esok selepas wujudnya cadangan membabitkan sedikit perubahan kepada teks.

Namun, tiada sesi undian dijadual diadakan. Bagi memastikan resolusi diterima pakai, ia memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi dari 15 anggota, dan tidak boleh diterima secara veto oleh mana-mana lima anggota tetap iaitu AS, Britain, China, Perancis dan Russia.

Secara teorinya, teks yang ditaja Brazil, atau daripada mana-mana ahli majlis lain, boleh melalui proses undian jika dokumen Russia tidak diluluskan.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri Israel mendakwa lebih 1,400 orang terbunuh di Israel sejak serangan dilancarkan minggu lalu oleh Hamas.

Sementara Kementerian Kesihatan Palestin pula menyatakan jumlah korban di Gaza akibat serangan balas Israel meningkat kepada 2,450.
– AFP
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373