Perahu penambang karam, 20 penumpang tempuh detik cemas

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING: Seramai 20 penumpang perahu penambang termasuk 11 pelajar sekolah menengah menempuh detik cemas apabila pengangkutan itu karam di Sungai Sarawak, pagi tadi.

-Advertisement-

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu berlaku ketika perahu penambang itu membawa penumpang serta enam motosikal menyeberangi sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kejadian itu berlaku berdekatan pengkalan Balang, Kampung Beradek, di sini.

Beliau berkata, semua penumpang selamat apabila berjaya berenang ke tebing.

-Advertisement-

“Polis meminta orang ramai supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373