Perlantikan Duta Malaysia ke Indonesia, Tajuddin sudah jumpa Perdana Menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Dato Sri’ Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan mengenai pencalonannya sebagai Duta Malaysia ke Indonesia.

-Advertisement-

Menurut laporan Utusan Malaysia, Dato Sri’ Tajuddin berkata beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara itu, tetapi enggan mendedahkan butirannya.

“Saya sudah berjumpa perdana menteri, saya ada idea (mengenai keputusan kerajaan). Walau apa pun, saya tidak boleh mendedahkan apa yang dibincangkan dengan perdana menteri kerana saya tidak mahu mendahului beliau.

“Mengenai kedudukan saya, saya tidak tahu. Saya dilantik oleh Kabinet dan selebihnya terpulang kepada kerajaan,” katanya.

-Advertisement-

Pada hari Isnin, sumber kerajaan berpangkat tinggi memberitahu bahawa Putrajaya mempunyai “perubahan keputusan” berhubung pencalonan Dato Sri’ Tajuddin sebagai utusan ke Indonesia menyebabkan nama Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut digugurkan daripada senarai calon – calon Duta yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong awal minggu ini.

Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia masih kosong sejak utusan terakhir, Zainal Abidin Bakar, bersara pada 4 April 2021. – The Capital Post