WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (29722) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia kekal rendah pada pembukaan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia kekal rendah pada pembukaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka mendatar untuk seketika pagi ini tetapi bertukar rendah selepas itu apabila sentimen masih lagi dalam keadaan berhat-hati berikutan ketidaktentuan prospek ekonomi global, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada jam 9.10 pagi, FBM KLCI susut 1.57 mata kepada 1,418.49 daripada 1,420.06 penutupan urus niaga semalam (Khamis).

Indeks barometer itu dibuka tidak berubah pada 1,420.06.

Sementara itu, di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 135 berbalas 128, manakala 206 kaunter tidak berubah, 1,807 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 167.08 juta unit bernilai RM39.18 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan, bursa tempatan mungkin kekal suram dalam tempoh terdekat, mengambil petunjuk daripada sentimen bercampur-campur di Wall Street di tengah-tengah pendapatan bank yang kurang menggalakkan.

“Pelabur boleh memilih saham dengan pinjaman minimum di bawah sektor pengguna dan REIT memandangkan persekitaran kitaran naik kadar faedah,” katanya.

-Advertisement-

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.61, Public Bank dan CIMB kerugian dua sen menjadi RM4.38 dan RM5.08, Petronas Chemicals naik tiga sen kepada RM8.06 dan IHH Healthcare kekal pada RM6.44.

Bagi saham aktif, Metronic meningkat setengah sen kepada 9.5 sen, Fitters Diversified dan BCM Alliance masing-masing menambah satu sen kepada 7.5 sen dan tiga sen manakala BSL Corporation naik setengah sen pada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 9.11 mata menjadi 10,052.79, Indeks FBM Emas Syariah turun 4.73 mata kepada 10,087.53, FBM 70 lebih rendah sebanyak 6.24 mata kepada 12,015.79, Indeks FBMT 100 kerugian 9.49 mata kepada 9,819.98 dan FBM ACE menokok 23.06 mata kepada 4,575.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 39.35 mata kepada 16,020.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.21 mata menjadi 167.82 manakala Indeks Perladangan menokok 3.96 mata kepada 6,673.17.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC