WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (3457) ORDER BY meta_id ASC

Pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bukan keputusan MB » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bukan keputusan MB

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH- Pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Zainal Azman Abu Seman ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya mulai Ahad lepas, bukan di bawah keputusan Menteri Besar.

-Advertisement-

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pertukaran itu terletak di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ismail Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

“Saya percaya soalan (pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak) perlu ditujukan kepada KSN dan KPPA,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan selepas menghadiri Majlis Pelancaran SkillsMalaysia 2.0 yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di sini, hari ini.

Semalam, Zainal Azman ketika dihubungi Bernama mengesahkan beliau menerima surat arahan pertukaran ke Jawatan Penempatan Khas di JPA pada Jumaat lepas.

-Advertisement-

“Betul apa yang terkandung dalam surat itu. Saya akan mula bertugas mengikut apa yang diarahkan seperti di dalam surat tersebut,” katanya tanpa menyatakan lebih terperinci mengenai sebab pertukaran itu.

Zainal Azman memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sejak 18 Okt tahun lepas, menggantikan Datuk Mohd Ghazali Jalal yang bersara.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC