Real Madrid sedia dapatkan Mbappe lebih awal

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Real Madrid dilaporkan sedia menawarkan 103 juta pound (RM603.23 juta) bagi menandatangani bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe pada musim panas ini.

-Advertisement-

Kelab gergasi Sepanyol itu akan membuat bidaan dalam tempoh tiga hari terakhir sebelum 1 September, apabila jendela perpindahan ditutup, bagi memberi tekanan kepada PSG.

Hasrat Mbappe untuk meninggalkan PSG bukan lagi rahsia, tetapi dia tidak mahu melakukannya pada jendela perpindahan kali ini.

Kontraknya masih berbaki setahun di Paris, dan dia merancang untuk berpindah sebagai ejen bebas ke Madrid sebaik kontraknya tamat tahun depan.

PSG mahu menjualnya segera kepada pembida tertinggi bagi mengelak perpindahan secara percuma tahun depan, tetapi Mbappe enggan berunding dengan kelab Arab Saudi, Al-Hilal yang menawarkan 259 juta pound (RM1.52 bilion).

Kini Madrid terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk mendapatkan Mbappe setahun lebih awal, walaupun jumlahnya jauh lebih sedikit berbanding tawaran Al-Hilal.

-Advertisement-

Di awal musim ini, Mbappe dipaksa berlatih dengan skuad simpanan PSG, tetapi kembali menyertai skuad utama.

PSG memulakan kempen Ligue 1 dengan keputusan 0-0 menentang Lorient dan seri 1-1 di Toulouse hasil jaringan penalti Mbappe.

– AGENSI

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373