Ringgit semakin meningkat, RM4.55 berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Nov 2022 (The Capital Post): Ringgit terus mencatatkan aliran positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, meningkat kepada paras 4.55 berikutan jangkaan inflasi AS yang rendah dan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan yang kurang agresif, kata penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, unit tempatan naik 195 peratusan dalam mata kepada 4.5530/5600 berbanding dolar AS daripada 4.5725/5775 pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh pada awal minggu ini turut memberikan sokongan kepada unit tempatan.

“Satu-satunya perkara yang mengekang ringgit daripada naik lebih tinggi ialah peningkatan kes COVID-19 di China,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata dijangka pasaran akan kekal sedikit lengang daripada biasa sehingga minggu depan, berikutan cuti Hari Kesyukuran di AS.

“Acara makroekonomi yang paling penting pada minggu depan ialah pengumuman data senarai gaji bukan ladang AS, yang akan memberikan lebih banyak petunjuk mengenai kekuatan ekonomi AS,” katanya.

-Advertisement-

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3074/3130 daripada 3.3053/3094 pada Rabu dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7419/7492 daripada 4.7202/7254 sebelum ini.

Ia turut susut berbanding pound kepada 5.4968/5053 daripada 5.4495/4555 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2715/2768 daripada 3.2344/2382 semalam.

-BERNAMA -BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279