Solari gilir pemain jumpa Kelantan

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Selepas memenangi kejuaraan Piala FA dua musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin meneruskan legasi dalam Piala Malaysia yang membuka tirai malam esok.

-Advertisement-

Lawan JDT tampak mudah apabila berdepan pasukan tangga tercorot saingan Liga Super, Kelantan FC yang diibarat pertembungan ‘langit dan bumi’ pada aksi pertama pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Selaku juara bertahan keinginan untuk mempertahankan kejuaraan piala berprestij yang dimenangi musim lalu menjadi agenda utama skuad kendalian Esteban Solari.

Namun beliau jelas enggan memandang enteng skuad The Red Warriors yang mampu melakar kejutan jika lawan mereka bersikap sambil lewa.

“Ia pertandingan yang penting bagi kami dan selaku juara bertahan kami mahukan kejuaraan ini buat kali kedua dan semestinya saya akan membuat persiapan rapi selain memperkemaskan lagi corak permainan walaupun kami dipalit dengan kecederaan pemain.

-Advertisement-

“Bagi aksi Piala Malaysia, kemungkinan ada rombakan dalam kesebelasan utama kerana kami kerap menurunkan pemain skuad utama dan mereka perlu berehat selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat.

“Akan ada penggiliran pemain dan turunkan barisan terbaik tetapi tindakan menggilir pemain bukan bererti kami tidak serius mempertahankan kejuaraan ini,” katanya.

Untuk rekod, pertemuan JDT dan Kelantan FC jelas memihak skuad Harimau Selatan yang mudah meratah lawan 5-1 pada 11 Mac lalu dan 5-0 pada 14 Julai dalam kempen Liga Super.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373