Taufan Khanun paksa ratusan penerbangan batal, ribuan penduduk Jepun pindah

Estimate Reading Time: < 1 minute

TOKYO: Ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan selepas Taufan Khanun melanda selatan Jepun, hari ini yang turut memaksa pihak berkuasa negara itu meminta ribuan penduduknya mencari perlindungan.

-Advertisement-

Taufan Khanun melanda dengan kelajuan angin maksimum 180 kilometer (km) sejam ketika ia melintasi Lautan Pasifik menuju ke wilayah Okinawa.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, taufan yang dianggap terlalu kuat itu berada kira-kira 170 km ke tenggara ibu kota wilayah Naha.

Ia dijangka melepasi Okinawa lewat hari ini atau awal pagi esok sebelum menyeberang ke timur China pada minggu ini.

Lebih 760,000 penduduk di bandar Okinawa turut dinasihatkan meninggalkan rumah mereka selepas agensi cuaca memberi amaran ombak setinggi 12 meter dijangka melanda pulau berkenaan.

Taufan itu turut dijangka membawa angin kencang dan hujan lebat.

Menurut pegawai pengurusan bencana di kerajaan wilayah Okinawa, penduduk kekal tinggal di rumah kerana kediaman mereka dibina dengan konkrit.

-Advertisement-

“Tetapi kami meminta orang ramai yang tinggal bersendirian atau di rumah kayu di kawasan rendah supaya mempertimbangkan untuk mencari perlindungan sebelum taufan menjadi bertambah buruk,” menurut pegawai berkenaan.

Lebih 500 penerbangan dibatalkan hari ini manakala perkhidmatan feri dan bas serantau digantung sebelum taufan itu melanda, lapor penyiar nasional NHK.

Japan Airlines dan All Nippon Airways berkata, lebih 74,000 penumpang secara keseluruhan terjejas akibat pembatalan penerbangan pada hari ini dan esok.

– AFP

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373