UMNO siap sedia memasuki PRN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini membincangkan perkara yang membabit persiapan untuk parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

-Advertisement-

Beliau berkata, perbincangan hari ini banyak berkisar kepada pembentangan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Penerangan (JAPEN), Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dan Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

“Perkara berkenaan bagi meninjau sejauh mana kesiapsiagaan parti bagi menghadapi PRN.

“Alhamdulillah, nampaknya persiapan kita berjalan dengan baik dan bersedia dalam PRN tidak lama lagi,” katanya kepada BH di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

-Advertisement-

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turu hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) dijadualkan mengumumkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRN 2023 di enam negeri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam ini.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373