WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31798) ORDER BY meta_id ASC

Agong prihatin kesejahteraan rakyat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Agong prihatin kesejahteraan rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tiada perbincangan lanjut mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaliknya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa cakna terhadap kesejahteraan rakyat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sesi sembah taklimat di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) kepada Yang di-Pertuan Agong itu bagi menyentuh soal persiapan pelaksanaan PRU15.

“Baginda hanya minta pandangan isu ini secara biasa bukan (sebab) PRU namun sebab kita memang berdepan Monsun Timur Laut, tiada perbincangan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke PRABN, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Ampang, dekat sini bagi meninjau sendiri persiapan dan kesiapsiagaan bagi negara berdepan musim banjir di seluruh negara.

Hadir sama ialah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

-Advertisement-

Lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pelaksanaan PRU15 dalam musim banjir malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dijadual menghadap baginda petang ini dan juga dikatakan akan turut memohon perkenan baginda bagi pembubaran Parlimen.

Sementara itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menekankan berhubung penempatan kakitangan kesihatan yang mencukupi di setiap pusat pemindahan sementara (PPS) sepanjang musim banjir.

Beliau berkata, pihaknya turut mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perancangan sekiranya fasiliti kesihatan awam dilanda banjir.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC