Bukan sekadar manis, kenal pasti simptom diabetes

Estimate Reading Time: 2 minutes

KIRA-KIRA 422 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes, iaitu kebanyakan mereka tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

-Advertisement-

Setiap tahun, sekitar 1.5 juta kematian dicatatkan secara langsung dengan penyakit ini.

Dengan kemajuan pesat dalam industri perubatan berupaya meningkatkan peluang pesakit dengan ketara daripada segi diagnosis dan rawatan.

Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Teoh Wei Leng, berkata diabetes penyakit kronik apabila pankreas individu tidak menghasilkan insulin mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin dihasilkan dengan berkesan.

Insulin ialah hormon yang membantu glukosa diserap ke dalam sel-sel tubuh untuk digunakan sebagai tenaga.

Apabila proses ini gagal, paras glukosa dalam badan akan bertambah dan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mengalami kerosakan organ seperti mata, buah pinggang, saraf, atau jantung.

Kelaziman diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat. Dianggarkan bahawa 7 juta rakyat Malaysia dewasa akan menghidap diabetes menjelang 2025.

Dr Wei Leng menjelaskan jenis diabetes paling biasa dihidapi bagi penyakit ini ialah diabetes Jenis 2 dan sejak kebelakangan ini, ini turut ramai golongan muda.

“Paling membimbangkan usia pesakit yang didiagnosis dengan diabetes kini semakin muda. Baru-baru ini saya mendiagnos remaja berumur 17 tahun yang mempunyai sejarah obesiti sejak kanak-kanak serta sejarah keluarga dengan diabetes.

“Pakar endokrinologi pediatrik kami juga menerima lebih ramai pesakit kanak-kanak Jenis 2 dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Memahami punca utama diabetes bukan sekadar ambil gula berlebihan.

Walaupun kecenderungan genetik berperanan, pilihan gaya hidup turut menyumbang kepada diabetes secara signifikan.

“Tabiat pemakanan yang buruk, gaya hidup tidak aktif, dan obesiti penyebab utama diabetes.

“Kita perlu mendidik amalan memilih makanan sihat sejak kecil agar kita dapat membentuk tabiat pemakanan baik sepanjang hayat sekali gus mengurangkan peningkatan obesiti.

“Kerap membuang air kecil, dahaga berlebihan, penurunan berat badan secara tiba-tiba dan kelesuan adalah tanda-tanda sering berlaku.

“Jika mengalami gejala ini, jangan abaikan, periksa paras gula dalam darah anda dengan segera. Hari ini, paras gula dalam darah boleh diperiksa secara percuma atau dengan sedikit bayaran di farmasi atau klinik,” katanya.

Merungkai mitos dan menggalakkan tabiat sihat

Salah cabaran menguruskan diabetes ialah penyebaran mitos dan tanggapan salah.

-Advertisement-

Tanggapan salah yang biasa dengar ialah ubat diabetes boleh memudaratkan buah pinggang.

Walhal hakikatnya, diabetes yang tidak terkawal membawa kepada kerosakan buah pinggang, bukannya ubat preskripsi.

Kerana penting pesakit mematuhi jadual janji temu dengan doktor diabetes mereka.

Beliau menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan senaman.

“Mencegah diabetes bukannya mengenai diet yang melampau, ini sebenarnya mengenai pilihan mampan dan berkhasiat.

Perubahan kecil dalam tabiat harian boleh membawa kepada peningkatan ketara dari segi kesihatan keseluruhannya.

Diet seimbang merangkumi bijirin penuh, protein tanpa lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran.

Gabungkan pemakanan sihat ini dengan kerap bersenam walaupun dengan berjalan pantas setiap hari, boleh membawa kepada perubahan besar.

Satu lagi mitos ialah jika anda tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes, maka anda tidak akan mendapat diabetes.

Katanya, walaupun tiada sejarah keluarga menghidap diabetes, pilihan gaya hidup yang tidak sihat dan tabiat pemakanan yang buruk boleh meningkatkan risiko diabetes Jenis 2.

Tiada siapa terlepas daripada risiko mendapat diabetes!

Inovasi rawatan dan pengurusan diabetes

Jika dilihat kepada sudut pilihan rawatan, kepesatan kemajuan rawatan dan pengurusan diabetes menyaksikan mampu memberangsangkan dalam pengurusan diabetes.

Daripada ubat-ubatan berinovasi hingga sistem pemantauan glukosa yang berterusan, kita kini mempunyai pelbagai peralatan.

Bagaimanapun, penjagaan peribadi yang sesuai dengan keperluan atau gaya hidup pesakit serta pengetahuan pesakit terhadap diabetes adalah perkara asas perlu ada bagi mendapatkan rawatan yang berkesan.”

Atasi halangan diabetes menerusi pendidikan, pemahaman dan belas kasihan .
-BeritaHarian