WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28109) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum meningkat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum meningkat

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini tetapi meningkat semula kemudiannya, disokong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.27 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,563.96 daripada 1,563.20 pada Rabu.

Indeks dibuka rendah 1.24 mata kepada 1,561.96.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 242 berbanding 206 manakala 288 kaunter tidak berubah, 1,531 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 435.01 juta unit bernilai RM156.17 juta.

Berdasarkan belian berterusan baru-baru ini daripada dana asing dalam bursa tempatan, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka sentimen pasaran terus kukuh dan berpendapat bahawa FBM KLCI perlu menyemak semula paras 1,600 dalam tempoh terdekat.

“Kaunter tenaga dijangka mencatatkan prestasi yang baik apabila harga minyak mentah terus berada pada aliran meningkat.

“Selain itu, pelabur dijangka memberi tumpuan kepada saham perbankan, saham berkaitan logam dan saham berkaitan pengguna berikutan pemulihan ekonomi dan kebimbangan mengenai varian Omicron COVID-19 yang berkurangan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

-Advertisement-

Katanya, Wall Street meningkat semula berikutan kadar inflasi Amerika Syarikat dicatatkan dalam jangkaan sebanyak 7.0 peratus tahun ke tahun, yang juga boleh memberikan sokongan lanjut kepada indeks petunjuk pasaran tempatan.

“Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melebihi paras AS$84 setong berikutan pelabur menjangka permintaan yang tinggi dalam persekitaran pemulihan ekonomi manakala harga minyak sawit mentah melebihi RM5,000,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.41, Public Bank dan CIMB, masing-masing merosot 2.0 sen kepada RM4.23 dan RM5.54, IHH Healthcare susut 1.0 sen kepada RM6.64 manakala Petronas Chemicals meningkat 6.0 sen kepada RM9.06.

Daripada saham aktif, Kanger International, Key Alliance dan MQ Technology, masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen, 1.5 sen dan 8.5 sen manakala AHB Holdings menambah 1.5 sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 2.78 mata kepada 11,304.84, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 20.36 mata kepada 12,097.70, FBM 70 menambah 2.80 mata kepada 14,228.05, Indeks FBMT 100 naik 4.62 mata kepada 10,999.02 dan FBM ACE susut 0.07 mata kepada 6,582.57.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.87 mata kepada 206.19 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 33.05 mata kepada 16,061.86 manakala Indeks Perladangan naik 39.62 mata kepada 6,779.54.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC