WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31276) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih rendah walaupun sentimen pasaran serantau pulih, didorong oleh peningkatan semalaman di Wall Street, kata penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.86 mata kepada 1,497.10 daripada 1,497.96 semalam.

Indeks utama itu dibuka susut 0.56 mata kepada 1,497.40 pada pagi ini.

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 192 berbanding 113 manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,803 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 290.10 juta unit bernilai RM87.81 juta.

Dalam pada itu, Wall Street meneruskan aliran peningkatannya semalam apabila ditutup tinggi dengan saham-saham tenaga serta teknologi membantu ketiga-tiga indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua minggu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street menyaksikan aliran peningkatan selepas peniaga yakin bahawa inflasi mungkin telah memuncak di Amerika Syarikat (AS), sekali gus meredakan kebimbangan terhadap pendirian tegas Rizab Persekutuan AS (Fed) terhadap sebarang kenaikan kadar faedah selepas ini.

Indeks utama seperti Dow Jones naik 230 mata manakala Nasdaq menokok 154 mata manakala hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat 3.36 peratus.

“Bagi bursa tempatan, FBM KLCI tidak berupaya untuk kekal melepasi paras 1,500 pada Isnin biarpun berada di tahap itu pada awal dagangan.

-Advertisement-

“Walaupun sentimen keseluruhan ke atas bursa tempatan kekal berhati-hati, kami menjangkakan belian ke atas kaunter terpilih akan berterusan, khususnya sektor teknologi serta kaunter telekomunikasi selepas penurunan semalam,” kata Thong.

Beliau turut menjangkakan sektor minyak dan gas akan turut menjadi tumpuan selepas minyak mentah Brent meneruskan peningkatan pada harga AS$94 setong ketika perjanjian nuklear Iran semakin suram dan mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan minyak.

Dalam pada itu, saham-saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung tiga sen kepada RM9.02, CIMB dan IHH Healthcare masing-masing naik empat sen kepada RM5.51 dan RM6.25 manakala Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM8.82 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.62.

Bagi saham aktif, CSH Alliance turun setengah sen kepada empat sen, Impiana Hotels merosot satu sen kepada 1.5 sen, Aimflex menambah setengah sen kepada 13.5 sen manakala MQ Technology dan Vinvest Capital Holdings tidak berubah masing-masing pada 3.5 sen dan 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 1.86 mata kepada 10,657.45, Indeks FBMT 100 menokok 0.91 mata kepada 10,400.51, Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 11.08 mata kepada 10,734.03, FBM 70 menokok 28.66 mata kepada 12,872.63 dan FBM ACE meraih 16.53 mata pada 4,910.72.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 2.17 mata kepada 718.63 manakala Indeks Perladangan meningkat 30.08 mata kepada 7,007.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.35 mata kepada 184.83 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 10.94 mata kepada 16,874.88.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC