Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa berikutan peningkatan permintaan terhadap unit negara maju itu selepas Rizab Persekutuan (Fed) menegaskan komitmennya untuk terus mengawal inflasi.

-Advertisement-

Pada 9.10 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.5030/5055 berbanding dolar AS daripada 4.5010/5045 pada akhir urus niaga semalam.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS terus meningkat yang sebaliknya menyaksikan ringgit kini diniagakan melebihi paras 4.50.

Semalam, Pengerusi Fed Jerome Powel melahirkan keyakinannya bahawa walaupun usaha memperketat dasar ekonomi memberi beberapa kesan sosial, namun ini sekurang-kurangnya membantu untuk membawa kesejahteraan.

“Secara keseluruhannya, kenyataan ini hanya mengulangi pendirian semasa Fed yang berpegang kepada dasar monetari lebih tegas. Pendirian itu dijangka dipertahankan untuk beberapa lama memandangkan data pekerjaan yang menunjukkan pasaran kerja kukuh dalam keadaan inflasi yang tinggi,” katanya.

Diniz juga percaya bahawa impak utama kenaikan kadar faedah secara sistematik di AS adalah dari segi menjadikan sekuriti hutang awam dilihat menarik oleh pelabur.

-Advertisement-

“Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa bon AS dianggap paling selamat di dunia yang memacu kecenderungan aliran modal berterusan dari negara asing ke AS. Modal ini ditukar daripada mata wang asing kepada dolar AS, sekali gus mendorong unit negara maju itu di kedudukan lebih tinggi berbanding lain,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2263/2286 daripada 3.2224/2251 dan rendah berbanding pound Britain pada 5.2658/2687 daripada 5.2549/2590 sebelum ini.

Unit tempatan itu turut turun berbanding euro kepada 4.5638/5663 daripada 4.5636/5671 namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1596/1615 daripada 3.1526/1553.

– Bernama -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279