WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25080) ORDER BY meta_id ASC

Jenazah pesakit COVID-19 meningkat setiap hari » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Jenazah pesakit COVID-19 meningkat setiap hari

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Pasukan pengurusan jenazah COVID-19 (Tajhiz) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berdepan tugas mencabar, susulan peningkatan bilangan jenazah setiap hari.

-Advertisement-

Sepanjang Julai lalu, purata 10 jenazah pesakit COVID-19 diuruskan skuad terbabit setiap hari.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata sebanyak 629 jenazah pesakit COVID-19 diuruskan skuad Tajhiz JHEAINS sejak Januari hingga 27 Julai lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 327 orang atau 51.9 peratus jenazah diuruskan daripada 1 hingga 27 Julai lalu, iaitu dengan purata sekitar 10 jenazah setiap hari.

Katanya, tugas itu semakin mencabar selepas berlaku peningkatan bilangan jenazah pesakit COVID-19 kebelakangan ini.

“Pengurusan skuad Tajhiz ini dibantu kakitangan Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban dan petugas yang menguruskan tugas berkenaan dilengkapi pakaian perlindungan peribadi (PPE).

“Mereka akan menguruskan jenazah berkenaan bermula di bahagian forensik hospital sehingga proses kafan, sembahyang serta memasukkan jenazah ke dalam keranda dan kenderaan.

“Ketika proses pengebumian dilakukan, anggota Tajhiz JHEAINS yang lain pula akan ditugaskan memastikan liang kubur sudah disediakan dan sesuai dengan saiz jenazah serta menurunkan jenazah dan mengambus tanah,” katanya di sini, hari ini.

-Advertisement-

Aminuddin berkata, mereka bertugas tidak mengira waktu dan hari, demi kepentingan orang ramai.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas skuad berkenaan dan kakitangan HTJ yang membantu menguruskan jenazah ini,” katanya.

Mengulas mengenai program vaksinasi, Aminuddin berkata, bagi mewujudkan imuniti kelompok dengan segera dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan, pusat pemberian vaksin (PPV) awam akan beroperasi tujuh hari seminggu iaitu termasuk pada hari Sabtu dan Ahad.

Katanya, berlaku penambahan ketara bilangan penerima vaksin bermula awal bulan lalu selepas lebih banyak PPV awam dan swasta dibuka.

“Setakat ini, seramai 584,132 atau 71.7 peratus orang penduduk negeri ini sudah menerima suntikan dos pertama, manakala seramai 287,229 orang atau 35.2 peratus sudah melengkapkan kedua-dua dos.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC