WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31460) ORDER BY meta_id ASC

Kejatuhan ringgit belum jejas minat rakyat melancong » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kejatuhan ringgit belum jejas minat rakyat melancong

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Impak kejatuhan ringgit terhadap sektor pelancongan masih terkawal kerana corak perjalanan berubah mengikut situasi mata wang tempatan, kata Pengurus Negara Traveloka Malaysia, Angelica Chan.

-Advertisement-

“Orang ramai akan cenderung melancong dalam negara atau menyasarkan ke negara jiran yang kurang memberi kesan dari segi kuasa perbelanjaan mereka.

“Pengguna juga boleh membuat tempahan ke negara dengan pilihan memilih penerbangan berbeza untuk ketibaan dan pelepasan, berdasarkan masa yang sesuai dan harga yang berpatutan,” katanya kepada Bernama.

Traveloka Malaysia turut yakin dengan prospek industri pelancongan yang disokong oleh permintaan terpendam perjalanan domestik dan antarabangsa.

Chan berkata, keyakinan itu berdasarkan carian melalui aplikasi super pengembaraan Traveloka mendapati bahawa orang ramai ingin melancong dan berhubung dengan orang tersayang menjelang akhir tahun ini dan awal tahun depan.

Beliau berkata, Traveloka akan bekerjasama rapat dengan kerajaan dan peserta industri dalam menggerakkan inisiatif bagi pemulihan industri pelancongan Malaysia, yang akan memberi manfaat kepada pengguna.

Katanya, Traveloka Malaysia berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), justeru, pengguna boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk pelancongan tempatan.

“Pada ketika ini, tumpuan kami adalah untuk terus berinteraksi dengan pengguna dan operator sedia ada, serta mengembangkan pangkalan mereka untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan.

-Advertisement-

“Kami juga sedang mengkaji untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan kerajaan, MOTAC dan agensi berkaitan sambil mengembangkan produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Walaupun dengan tekanan inflasi semasa, Chan berkata Traveloka akan memastikan harga adalah mampu milik supaya pengguna dapat meneruskan perjalanan sambil menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan.

Traveloka, yang bermula tujuh tahun lalu, telah berkembang secara berperingkat daripada sekadar menyediakan hotel, kepada penerbangan, tarikan, aktiviti dan perkhidmatan.

Berkongsi lebih lanjut mengenai tinjauan yang dijalankan oleh Traveloka pada April 2022, beliau menyatakan bahawa pelanggan yang menempah melalui aplikasi super pengembaraan itu cenderung terdiri daripada golongan milenial antara 20 dan 40 tahun, manakala lebih daripada 50 peratus pembuat keputusan adalah wanita.

“Kami juga mendapati bahawa banyak perjalanan kini berasaskan keluarga dan 80 peratus daripada mereka membuat tempahan dalam talian, perubahan besar berbanding tempoh sebelum pandemik,” katanya.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC