WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28632) ORDER BY meta_id ASC

Kemampuan rakyat memiliki rumah masih membimbangkan - BNM » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kemampuan rakyat memiliki rumah masih membimbangkan – BNM

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kemampuan isi rumah untuk membeli rumah masih membimbangkan susulan berlaku ketidakpadanan dari segi harga yang ditawarkan pemaju.

-Advertisement-

Susulan itu, pasaran dilihat gagal menyediakan rumah mampu milik yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua yang dikeluarkan hari ini, 76 peratus isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan atau kurang daripada RM8,333 sebulan yang mana mereka hanya mampu memiliki rumah berharga sehingga RM300,000.

“Namun hanya 36 peratus daripada unit perumahan yang baru dilancarkan adalah berharga kurang daripada RM300,000.

“Keadaan ini telah memburukkan lagi kemampuan memiliki rumah secara keseluruhan dan meningkatkan jumlah rumah tidak terjual yang berharga lebih daripada RM300,000 di Malaysia,” katanya.

Menurut laporan itu, Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang harga rumah adalah mampu milik apabila mencatatkan nisbah harga rumah kepada pendapatan pada kadar 3.0 dan ke bawah.

Katanya, Johor, Perak, Sarawak, Sabah dan Kelantan pula berada pada kategori paling teratas iaitu benar-benar tidak mampu milik apabila merekodkan mata 5.1 dan ke atas.

“Negeri lain pula di kategori sangat tidak mampu milik apabila merekodkan mata di antara 4.1 hingga 5.0 manakala tiada wakil di dalam kategori agak hampir tidak mampu milik yang merekodkan mata di antara 3.1 hingga 4.0.

“Di peringkat kebangsaan, harga rumah di Malaysia adalah sangat tidak mampu milik apabila mencatatkan 4.7 kali untuk tahun 2020, meningkat daripada 4.1 kali pada 2019.

-Advertisement-

“Ini berdasarkan pengiraan harga rumah median pada 2020 adalah RM295,000 manakala pendapatan tahunan median pula RM62,508,” katanya.

Pengiraan bagi menentukan sebuah rumah dianggap mampu milik adalah jika harga rumah berbanding pendapatan tahunan adalah sama atau kurang daripada 3.0 kali.

Mengulas lanjut laporan itu berkata, punca mengapa harga rumah sangat tidak mampu dimiliki oleh rakyat kerana bagi sesetengah rakyat, kemampuan memiliki rumah terhad disebabkan pendapatan yang tidak mencukupi dan tahap hutang yang tinggi.

Katanya, pendapatan rakyat berkembang lebih perlahan daripada harga rumah apabila kadar pertumbuhan tahunan terkompaun bagi pendapatan meningkat 2.1 peratus manakala harga rumah 4.1peratus dari tahun 2014-2020.

“Selain itu, bakal peminjam juga sudah dibebani hutang yang tinggi. 65 peratus peminjam sudah memiliki sama ada pinjaman kereta atau pinjaman peribadi, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka untuk

membuat pinjaman baharu bagi perumahan.

“Satu daripada lima peserta yang telah menamatkan modul Rumahku (modul pendidikan kewangan AKPK) memutuskan untuk tidak membeli rumah selepas menyedari mereka tidak mampu membayar balik pinjaman dan menampung perbelanjaan pemilikan rumah yang lain seperti yuran guaman dan yuran pengurusan bulanan,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC