WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31807) ORDER BY meta_id ASC

Kerjasama dengan PAS antara tumpuan perwakilan mesyuarat Bahagian UMNO » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerjasama dengan PAS antara tumpuan perwakilan mesyuarat Bahagian UMNO

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA BERANG: Usul dan perbahasan mengenai kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi tumpuan perwakilan pada Mesyuarat Bahagian UMNO, Sabtu dan Ahad depan.

-Advertisement-

Pendebatan mengenai isu itu juga dijangka menjadi tumpuan utama perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita dan Puteri pada mesyuarat sayap parti yang bermula secara serentak di seluruh negeri hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat, berkata semua perwakilan diberi kebebasan sepenuhnya mengemukakan usul serta membahaskan pelbagai isu, terutama membabitkan kerjasama dengan PAS melalui Maufakat Nasional (MN).

Katanya, perwakilan termasuk daripada sayap parti yang akan memulakan persidangan hari ini diberi kebebasan berhujah dan mengemukakan pelbagai usul demi kebaikkan parti.

“Mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita serta Puteri di semua bahagian akan bermula hari ini dan dirasmikan pemimpin utama di peringkat bahagian.

“Mesyuarat perwakilan peringkat bahagian parti akan diadakan Sabtu dan Ahad depan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan perwakilan di Bilik Mesyuarat Bahagian UMNO Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Telemong, berkata mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu akan diadakan Sabtu depan.

-Advertisement-

Mesyuarat perwakilan bahagian Setiu ditetapkan pada Ahad depan dan akan dirasmikan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said.

Rozi yang juga Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu, berkata Ahmad juga dijangka merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian Kemaman yang diadakan pada Sabtu depan.

Katanya, mesyuarat perwakilan bahagian Dungun akan dirasmikan Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Din Adam manakala Ketua Penerangan parti, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku akan merasmikan di bahagian Marang.

“Pengerusi Perbadanan Tabung Tabung Tinggi Nasional (PTPTN), Apli Yusoff akan merasmikan mesyuarat perwakilan di bahagian Kuala Nerus.

“Ahmad juga akan merasmikan mesyuarat di bahagian Setiu pada Ahad depan manakala Hulu Terengganu akan dirasmikan Setiausaha UMNO negeri,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC