WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31811) ORDER BY meta_id ASC

PM tiba di Perdana Putra untuk Mesyuarat Kabinet » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PM tiba di Perdana Putra untuk Mesyuarat Kabinet

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra jam 9.33 pagi.

-Advertisement-

Beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Kabinet yang dijadualkan jam 10 pagi ini sebelum menghadiri Pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen petang ini.

Ketika tiba, Ismail Sabri juga sempat membuka tingkap dan melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu di Pintu Protokol sejak jam 8 pagi tadi.

Terdahulu, beberapa kenderaan Menteri turut dilihat memasuki pintu protokol di Bangunan Perdana Putra, di sini sejak jam 8.30 pagi.

Antara Menteri yang hadir adalah Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Turut kelihatan, kenderaan membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Mohd Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Petang ini, Tengku Zafrul akan membentangkan Bajet 2023 dengan memberi tumpuan kepada empat agenda iaitu kepada rakyat, perniagaan, ekonomi dan institusi kerajaan.

Ini kali ketiga Tengku Zafrul membentangkan bajet selepas berbuat demikian dalam Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Semalam, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, selama kira-kira 45 minit di Istana Negara.

-Advertisement-

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilihat tiba di pintu masuk Istana Negara jam 3.48 petang tadi, sebelum kenderaan Toyota Alphard berwarna putih membawa beliau keluar jam 4.45 petang.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat Kabinet akan diadakan hari ini sekali gus memberi isyarat kemungkinan Parlimen tidak akan dibubarkan pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, Istana Negara juga semalam menjelaskan pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanyalah aktiviti mingguan dengan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan rasmi selepas Baginda berkenan menerima menghadap Ismail Sabri, Istana Negara berkata pertemuan itu adalah untuk mesyuarat PraKabinet.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk mesyuarat PraKabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat PraKabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu tidak menyebut langsung mengenai Perdana Menteri memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC