Lebih 60 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sebanyak 60.2 peratus atau 14,095,554 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat, semalam.

-Advertisement-

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, penerima dos pertama pula adalah sebanyak 80.9 peratus atau 18,948,648 orang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,044,202 dos.

Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 92.9 peratus atau 63,663 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 87.8 peratus (5,415,045 orang), Sarawak 86.3 peratus (1,762,553 orang), dan Negeri Sembilan 75.5 peratus (614,523 orang), Perlis 64.1 peratus (116,221 orang), Melaka 52.8 peratus (357,358 orang) dan Pulau Pinang 52 peratus (711,454 orang).

Pahang pula merekodkan sebanyak 47.6 peratus (560,105 orang), Terengganu 45.4 peratus (366,941 orang), Perak 45.3 peratus (843,511 orang), Johor 42.8 peratus (1,160,219 orang) dan Kelantan 42.2 peratus (521,942 orang).

-Advertisement-

Sementara, Sabah kekal negeri paling rendah menerima suntikan vaksin iaitu 35 peratus (966,363 orang) selain Kedah 41.3 peratus (635,656) orang.

Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian semalam adalah sebanyak 408,295 dos membabitkan 155,669 dos pertama dan 252,626 dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok COVID-19.

-BH