WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25995) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka rendah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka rendah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas pasaran mencatat peningkatan ketara selama lima hari berturut-turut.

-Advertisement-

Pasaran juga dilihat mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan pada 11 pagi ini.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.43 mata kepada 1,577.31 daripada 1,585.74 pada akhir dagangan Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 2.84 mata kepada 1,582.90.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 237 berbanding 152 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,593 tidak diniagakan dan 65 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 197.80 juta saham bernilai RM98.89 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi Bursa Malaysia pada Khamis menunjukkannya pasaran tempatan itu mengatasi sebahagian besar pasaran lain di rantau ini apabila pelabur asing membeli saham bernilai RM310.8 juta.

Di peringkat global, pelabur dikatakan menunggu impak Simposium Tahunan Rizab Persekutuan AS Jackson Hole hari ini yang dijangka memberi petunjuk berhubung dasar monetari negara itu.

“Peningkatan ketegangan geopolitik membabitkan perkembangan di Afghanistan turut dipantau kerana boleh memberi kesan kepada pasaran pada masa ini.

“Dari segi komoditi, harga minyak mentah Brent susut manakala harga minyak sawit mentah pula meningkat,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

-Advertisement-

Secara teknikal, kata firma pembrokeran itu, indeks utama melebihi paras rintangan 1,580 akan menyaksikan paras seterusnya pada 1,600 manakala paras sokongan pada 1,540.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut lima sen kepada RM8.40, Public Bank turun dua sen kepada RM4.14, Tenaga berkurangan empat sen kepada RM10.26, IHH naik satu sen kepada RM5.85 manakala Petronas Chemicals naik sembilan sen kepada RM8.29.

Bagi saham paling aktif, TFP Solutions meningkat setengah sen kepada lima sen manakala Kanger dan Avillion masing-masing tidak berubah pada lima sen dan 12.5 sen.

Kaunter paling rugi menyaksikan F&N susut 38 sen kepada RM27.30, Genetec berkurangan 34 sen kepada RM29.04 dan Hong Leong Financial Group rugi 26 sen kepada RM17.88.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 44.31 mata kepada 11,495.13, Indeks FBMT 100 turun 47.68 mata kepada 11,201.40 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 40.23 mata kepada 12,594.85.

FBM 70 susut 15.96 mata kepada 14,949.83 manakala FBM ACE turun 15.51 mata kepada 7,246.83.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 7.00 mata kepada 6,775.37, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 94.21 mata kepada 15,434.40 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.20 mata kepada 196.87.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC