NASA rancang gali sumber di bulan 9 tahun lagi

Estimate Reading Time: < 1 minute

BRISBANE: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)

-Advertisement-

sedang berusaha membangunkan sumber di bulan merangkumi oksigen dan air sebelum diperluas kepada besi dan nadir bumi, dengan langkah ke arah penggalian di bulan menjelang 2032 itu sudah dimulakan.

Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) itu merancang melaksanakan misi Artemis, dengan menghantar angkasawannya ke bulan, termasuk wanita dan individu bukan kulit putih pertama menjelang 2025 serta mendapatkan maklumat daripada misi itu untuk memudahkan perjalanan ke Marikh.

Antara perkara penting dalam misi itu mengembangkan peluang komersial di angkasa.

Menurut saintis roket yang berkhidmat selama 35 tahun di Pusat Angkasa Johnston NASA, Gerald Sanders, agensi angkasa itu mahu mengenal pasti sumber, termasuk tenaga, air dan tanah di bulan dengan matlamat menarik pelaburan komersial.

Katanya, pembangunan akses kepada sumber di bulan adalah perkara utama untuk mengurangkan kos dan membangunkan ekonomi pusingan.

“Kami sedang berusaha untuk melabur dalam fasa penjelajahan, memahami sumber untuk mengurangkan risiko dan pelaburan luar berpotensi menyumbang pada pembangunan dan penghasilan,” katanya.

NASA dijadualkan menghantar kelengkapan penggalian ujian ke bulan hujung bulan ini, dan merancang penggalian permukaan bulan dalam skala besar, selain loji pemprosesan rintis menjelang 2032.

-Advertisement-

Pelanggan pertama dijangka membabitkan syarikat roket komersial yang boleh menggunakan sumber di bulan untuk minyak dan oksigen.

Sementara itu, Pembantu Pengarah Agensi Angkasa Australia, Samuel Webster, memaklumkan agensi itu terbabit dalam membangunkan perayau separuh autonomi yang akan mengambil sampel tanah di permukaan bulan menerusi satu misi NASA seawal 2026.

Katanya, perayau itu akan mengumpulkan tanah di bulan yang mengandungi oksigen dalam bentuk oksida dan NASA akan cuba mengeluarkan oksigen itu menggunakan satu lagi kelengkapan yang dihantar bersama-sama dengan perayau berkenaan.

“Ini adalah langkah penting ke arah memastikan kehadiran manusia secara berterusan di bulan, serta menyokong misi ke Marikh pada masa depan,” katanya.

– REUTERS

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373