Nilai ringgit meningkat sedikit

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong oleh minat belian baharu, walaupun kadar faedah AS dijangka meningkat, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5470/5510 berbanding dolar AS daripada 4.5495/5515 pada penutup semalam.

Bagaimanapun, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata dolar AS dijangka terus mengukuh berbanding ringgit dengan jangkaan keputusan kadar faedah di AS oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan mengumumkan kenaikan 75 mata asas.

Namun begitu, beliau berkata pasaran sudah pun mengambil kira kenaikan sebanyak 75 mata asas dan sekiranya ia berlaku, dolar AS mungkin akan goyah sedikit, sekurang-kurangnya pada permulaannya.

“Sebaliknya, jika kenaikan sebanyak 100 mata asas, ia boleh melonjakkan nilai dolar AS,” katanya.

-Advertisement-

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.1972/2018 daripada 5.1678/1700 pada penutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2299/2332 daripada 3.2261/2278 sebelumnya.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.5620/5660 daripada 4.5372/5392 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1757/1790 daripada 3.1706/1724 sebelumnya.

-BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279