WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31408) ORDER BY meta_id ASC

Dr Adeeba rakyat Malaysia pertama dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Dr Adeeba rakyat Malaysia pertama dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik oleh Suruhanjaya Global Polisi Dadah sebagai pesuruhjaya terbaharunya, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.

-Advertisement-

Dalam satu kenyataan hari ini, MAF memaklumkan, suruhanjaya itu diwujudkan pada Januari 2011 oleh sekumpulan personaliti dari Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk bekas ketua negara dan kerajaan.

Penubuhannya bertujuan menyokong dasar berkaitan dadah berdasarkan bukti saintifik, hak asasi manusia, kesihatan awam dan keselamatan.

Objektif utama suruhanjaya itu adalah untuk mengangkat diskusi mengenai pembaharuan dasar dadah yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan serta melandaskan sains di peringkat antarabangsa.

Ia bagi tujuan mengurangkan kemudaratan akibat tabiat penggunaan dadah, selain dasar kawalan yang terlalu keras ke atas individu dan masyarakat. Pembaharuan dasar itu juga selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).

Suruhanjaya berkenaan dipengerusikan bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark dan barisan pesuruhjaya global yang menganggotainya, termasuk Pemenang Hadiah Nobel, Jose Ramos-Horta; usahawan ternama, Richard Bronson dan bekas ketua-ketua negara yang lain.

Menurut kenyataan itu, di pentas global, Dr Adeeba yang juga Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERiA) Universiti Malaya (UM) pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) pertama dari benua Asia.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penasihat Strategik serta Penasihat Teknikal HIV di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

-Advertisement-

Kini, Dr Adeeba memegang jawatan Pengerusi Bersama Majlis Sains WHO serta Suruhanjaya Kesihatan dan Hak Asasi Manusia di bawah kelolaan IAS dan LANCET, sebuah jurnal perubatan antarabangsa yang disegani.

“Pada April 2015, beliau dianugerahkan ijazah kehormat undang-undang daripada alumninya, iaitu Universiti Monash, Australia, sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan beliau dalam bidang perubatan dan kesihatan awam,” kata kenyataan itu.

Dalam bidang dasar dadah, Dr Adeeba memainkan peranan penting dalam usaha memperbaharui dasar dadah negara sehingga membawa kepada pelaksanaan program pengurangan kemudaratan pada 2006.

Program berkenaan adalah untuk penggunaan dadah secara suntikan dan mencegah jangkitan HIV dalam kalangan individu yang menggunakan dadah, seperti program pertukaran jarum dan picagari serta terapi penyelenggaraan metadon.

Sambil mengalu-alukan Dr Adeeba sebagai pesuruhjaya terbaharunya, Suruhanjaya Global Polisi Dadah turut memuji penglibatan dan komitmen beliau dalam mempertahankan dasar awam yang lebih melindungi hak asasi manusia.

Selain itu, peranan beliau dalam meningkatkan akses kepada rawatan, pencegahan dan jagaan untuk anggota komuniti terpinggir di Malaysia.

– BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC