WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35600) ORDER BY meta_id ASC

Pengarang Berita BH akui gementar wakili wartawan baca khutbah Jumaat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pengarang Berita BH akui gementar wakili wartawan baca khutbah Jumaat

Estimate Reading Time: 2 minutes

IPOH: Pengarang Berita (Rencana & Agama), Berita Harian (BH), Mohd Nazmi Yaacob mengakui gementar menerima tanggungjawab mewakili pengamal media, khususnya rakan wartawan bagi membaca khutbah Jumaat hari ini di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II, di sini sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

-Advertisement-

Berkhidmat dengan BH sejak tahun 2004, Mohd Nazmi yang mengakui ini kali pertama dalam hidupnya membacakan khutbah, berkata beliau berbesar hati dipilih walaupun sedar ia tanggungjawab besar dalam konteks agama melalui penyampaian mesej penting kepada masyarakat.

Katanya, kehadiran pengamal media sepertinya membaca khutbah Jumaat diharap memberikan ‘wajah insan’ kepada pengamal media hingga masyarakat menyedari hubungan masyarakat dengan media bukan hanya berlegar pada teks berita menerusi pelbagai platform. Namun, turut mempunyai ikatan lebih besar dan mendalam iaitu tanggungjawab agama serta moral.

“Saya akui agak gementar menerima tanggungjawab ini tetapi akur kerana ia antara medan agar kita dapat berkongsi keperluan pengamal media supaya masyarakat memahami kedudukan sebenar kewartawanan, peranan wartawan serta kesan diterima masyarakat.

“Pada masa sama, diharap ia akan memberi peluang institusi penting dalam masyarakat seperti masjid dan surau untuk terus menjalinkan kerjasama dengan media dalam tanggungjawab kita menegakkan agama serta memajukan bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui hari ini.

Selain Mohd Nazmi, dua lagi pengamal media yang diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid adalah Wartawan Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad yang ditugaskan menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini serta Mohd Fahmi Mohd Nor dari RTM Perak yang menyampaikan khutbah di Masjid Muhibbuddin Shah, di sini.

Khutbah bertajuk ‘Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam ‘ bersempena sambutan HAWANA pada 29 Mei ini, menekankan kedudukan tersendiri profesion kewartawanan menurut pandangan Islam khususnya dalam penyampaian maklumat melalui pengolahan berita yang akan mencanai pemikiran dan mempengaruhi tindakan masyarakat.

Mohd Nazmi berkata, khutbah yang berkisarkan peranan dan tanggungjawab kewartawanan ini sangat penting memandangkan kini adalah zaman ‘VUCA’ atau pergolakan, ketidakpastian, kompleks dan kekaburan selain ketika ini peranan wartawan turut dicabar dengan kecerdasan buatan (AI).

-Advertisement-

Katanya, dalam konteks Islam, wartawan bukan semata-mata berperanan mencari dan menyampaikan maklumat, tetapi sebaliknya berperanan menyaring, menimbang serta menghasilkan berita yang boleh membantu manusia membuat keputusan betul dan benar dalam hidup mereka.

Menurutnya, sesuatu yang betul dan benar tidak mungkin dapat disampaikan oleh proses teknologi digital

dan AI sebaliknya, berkait dengan pandangan alam atau ‘worldview’ wartawan khususnya dalam berlandaskan Islam.

“Wartawan ada tanggungjawab agama dan moral dengan naluri insaniah, berbeza dengan teknologi yang hanya sebatas maklumat tanpa pertimbangan hingga tidak mungkin dipertanggungjawabkan sekiranya ada kesan negatif daripada tindakannya.

“Media dan masyarakat masing-masing menggalas amanah, iaitu pengamal media menyampaikan berita serta pandangan dengan benar dan jujur, manakala masyarakat pula menerimanya dengan penuh kesedaran dan bijak menilai berdasarkan sumber sahih, sekali gus bersedia menegur sekiranya salah,” katanya.

Sambutan HAWANA 2023 akan diadakan di Ipoh bermula esok hingga Isnin ini dengan mengangkat tema “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.

Majlis Kemuncak HAWANA 2023 dijadual akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC